SPRM: Enam kertas siasatan projek terowong Pulau Pinang sejak 2017

Share

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka enam kertas siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang sejak 2017.

Dalam kenyataan media hari ini, SPRM berkata kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017, manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

“Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.

“Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM,” katanya.

SPRM mengeluarkan kenyataan media itu selepas projek kerajaan negeri Pulau Pinang itu dibangkitkan semula oleh blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin.

Raja Petra melalui dalam beberapa siri artikel di blog Malaysia Today menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas siasatan SPRM berkenaan kes itu yang turut mengaitkan lima exco Pulau Pinang.

Raja Petra mendakwa berlaku rasuah berhubung projek berkenaan yang meelibatkan pegawai eksekutif kanan Consortium Zenith Construction (CZC) Zarul Ahmad Zulkifli.

Zarul dan Lim masing-masing menafikan dakwaaan Raja Petra dan menyifatkan ia sebagai fitnah bagi merosakkan reputasi kerajaan negeri dan persekutuan.

Lim turut menegaskan bahawa projek berkenaan diberikan kepada CZC melalui tender terbuka, dan sudah dijelaskan secara terperinci.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyelar Raja Petra sebagai pembohong, sementara SPRM membuat laporan polis terhadap penulis blog itu.

Mkini

Leave a Reply