PRK Semenyih: Ini Barulah Betul-Betul “Menang”!!!

Tahniah pengundi Semenyih, tahniah PAS, tahniah Datuk Seri Najib, tahniah Tok Mat, tahniah jentera UMNO/BN dan tahniah semua sekali atas kejayaan merampas kerusi Semenyih dalam PRK yang hari mengundinya selesai semalam.

Dari pemerhatian di pelbagai platform media sosial, kecewa kawan-kawan Pakatan ternyata bukan kepalang sebab inilah kali pertama pasca PRU14, berlaku kerusi dirampas dan kena pulak, kerusi depa, calon mereka.

Sehingga semalam, semua PRK yang diadakan selepas 9 Mei 2018 adalah berstatus quo sekalipun masa di Cameron Highland, ada nampak perubahan besar di kalangan rakyat, melihat kepada majoriti yang naik mendadak.

Dari sumber yang dipercayai juga, lebih “memanaskan hati” puak-puak ini, bila kemenangan itu dikaitkan banyak pihak dengan aura Najib.

Besar kesannya tu sebab selama hari ini, Najib digambarkan sebagai perompak dan pencuri, alih-alih, rakyat tak peduli dan terus beri sambutan hangat kepada beliau dan diterjermahkan dalam kemenangan semalam.

Boleh faham.

Tapi nak cakap dengan puak-puak ni, elok lagi kemenangan itu dikaitkan dengan Najib dari kekalahan itu dikaitkan dengan pemimpin pujaan hati.  Rasanya, perkara itupun akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Apa pun, berdasarkan apa yang berlaku di Cameron Highland, saya percaya rakyat akan dapat banyak manfaat dari kemenangan BN ini.  Walaupun manfaat tu nampak macam entah apa-apa (cadangan tol percuma tengah malam, orang bujang dapat RM 100) tapi sekurang-kurangnya, ada.

Ke Rantau pulak kita lepas ni.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker