Kemenangan adalah satu tanggungjawab – Tok Mat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah.

Kemenangan adalah satu tanggungjawab, atas kerja keras dan pengorbanan semua yang terlibat. Sesungguhnya, melalui niat dan tekad yang ikhlas, apa sahaja boleh kita capai, asalkan ia adalah untuk kebaikan agama, bangsa dan tanahair Malaysia.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera UMNO, parti komponen Barisan Nasional, sahabat dan rakan yang sentiasa menyokong. Tidak lupa juga kepada kepimpinan dan warga PAS serta jentera mereka yang turut serta bertungkus-lumus bersama Barisan Nasional berkempen.



Segala penat lelah, panas terik dan keringat kita adalah untuk Malaysia yang dicintai. Kerana rasa tanggungjawab dan prihatin, amanah yang kita baru perolehi ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan kebenaran dan nasib mereka yang terpinggir oleh pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini.

Semoga Allah S.W.T merahmati usaha dan perjalanan kita.

Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker