Barisan Nasional jangan bongkak macam Azmin Ali.

oleh Ab Jalil Backer

Awal kempen Azmin dengan sombong menyatakan

“ini bukan Melayu Cameron Highlands, ini bukan Melayu Pekan, saya hendak tengok ‘bossku’ (Najib) datang atau tidak”

Najib Razak turun sebagai jentera membantu sepanjang kempen Semenyih.

PH serang Pas macam kain buruk. Dihina dan difitnah saat akhir supaya menimbul benci orang Islam kepada Pas.

Di penghujung kempen PH kumpul beribu kaum cina atas jalan bagi menunjukkan sokongan kepada PH.

Orang Melayu memerhati, berfikir dan bertindak di peti undi.

Tadi Azmin pasti pulang tanpa kata dan air muka.

Tentu Azmin hairan mengapa orang masih sokong BN walau Najib Razak sedang berhadapan tuduhan rasuah.

Masalahnya hari ini orang Melayu marah PH melebihi kemarahan mereka kepada Najib Razak. Mereka tidak peduli tuduhan-tuduhan ke atas Najib kerana ia antara Najib Razak dan mahkamah.

Namun orang Melayu sedar jika PH dibenarkan bermaharajalela banyak lagi kepentingan Melayu dan Islam akan terhakis.

Azmin bukan sahaja terpaksa menelan kata-kata sombongnya, malah gagal membantu tuan barunya, Tun Mahathir.

Anwar pasti memendam kegembiraan di dalam hati. Menzahirkannya ibarat membunuh diri.

https://youtu.be/t-t8jNfV_yo

Related Articles

One Comment

  1. patutlah tewas..ini bukan ceramah..ini dah kira mengumpat..malu betullah bila dengar isi2 ceramah politik bekas MB selangor yg sekor ni.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker