Tol Percuma: Bila Pondok Tol Dah Dicabut Macam Najib Buat, Barulah Kita Percaya

Pengumuman pada Sabtu tentang “cadangan” untuk memberi tol percuma “pada waktu tertentu” di lebuhraya yang sebuah syarikat ini “sahaja” ada kepentingannya di dalamnya, kalau, “rundingan” mengenainya “berjaya”, menimbulkan kekeliruan yang bukan sikit di kalangan rakyat.

Tol percuma yang rakyat mudah hadam ialah bila pondok tol itu sudah tidak ada, lain dari itu, bukanlah tol percuma namanya. Sebab itu bila Datuk Seri Najib Tun Razak umum penghapusan 4 buah plaza tol pada Januari 2018, dengan salah satunya di Plaza Tol Batu Tiga, masih ramai yang berhenti untuk membayar sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya dan seperti itu.

Sebabnya, membayar tol di Malaysia ini sudah jadi lazim dan kadang-kadang ke tahap darah daging sehingga bila diumumkan dah percuma oleh Najib pun, sukar untuk orang menerima hakikat diakhirnya, ada juga tol yang percuma di negara ini – sehinggalah pondok tol tersebut dicabut.

Justeru bila entah apa punya pendekatan diambil kononnya untuk memberikan tol percuma ini diumumkan seperti hanya percuma dari pukul 11 malam sampai 5 pagi (waktu Pontianak keluar menari tu), congestion charges dan sebagainya – itu pun baru cadangan dan kalau rundingan mengenainya berjaya – ramai tidak yakin dan dengan itu, tidak mengambil “port”.

Tak jadi bahan bual dimana-mana pun sebab selain banyak penipuan dari pihak sama sebelum ini, macam disebutkan di atas, selagi pondok tol mana yang terbabit itu ada disitu, selagi itulah cakap percuma macam mana pun, tak siapa gila nak percaya.

Dengan kempen PRK Semenyih yang sedang berjalan sekarang dan semakin menghampiri ke puncaknya beberapa lagi, lagilah semua orang nampak pengumuman pada hari cuti itu, macam ada udang di sebalik mee.

Nak menang sangatlah tu agaknya ya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker