Menteri PH dan penyakit terlupa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyifatkan menteri pelancongan Mohamaddin Ketapi berjiwa rakyat sehingga terlupa tindakannya mengumumkan peruntukan ketika kempen pilihan raya melanggar undang-undang.

“Saya rasa dia pun tak pasti, kerana dia berjiwa rakyat. Jadi dia terlupa (berada dalam tempoh) berkempen pilihan raya kecil (PRK).” – Malaysiakini, 28 Februari 2019.

Walao eh!

Ini kira alasan yang paling kukuh ke? Kenapa tak cakap Mohamaddin terlupa bahawa beliau adalah seorang menteri?

Saya perhatikan pemimpin PH ini banyak kali terlupa.

Terlupa bawa pas SPR, terlupa bawa kad pengenalan. Jangan pula nanti Menteri DAP kata dia terlupa yang dibawa masuk ke mesyuarat rasmi negara adalah isterinya sendiri, ingatkan pegawai kementerian!

Ingat ya, rakyat tak pernah lupa pada janji-janji manifesto PH!

Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker