‘Tengkorak kering! Aiman belajar tabur janji dari Anwar’ – Hassan Basri

Naib Presiden NGO Perkasa, Hassan Basri Muhammad mengherdik janji yang diberikan calon PH Muhammad Aiman Zainali kepada penduduk Semenyih.

Katanya, Aiman seolah-olah belajar daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim cara menabur janji.

“Dengar janji sahaja gerun kita, ‘Hari ini kalau kita menang, besok minyak turun! Kepala bapak dia!

“Kalau kita ke Putrajaya, kita akan hapusan tol, dari Johor Bharu sampai ke Perlis,” katanya mengajuk kata-kata yang pernah diucapkan oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dulu.

Malah, sambil ketawa, beliau turut memetik semula kata-kata Aiman ketika kempennya: “Dan janji calon Semenyih (dari PH), 2 haribulan kita menang, 3 haribulan kita selesai semua masalah.

“Tengkorak kering dia! Dia belajar daripada Anwar Ibrahim,” katanya disambut tawa hadirin.

Orang munafik

Beliau berkata demikian dalam sesi ceramah Perkasa di bilik gerakan BN di Kampung Baru Pasir, pusat daerah mengundi (PDM) Ulu Semenyih malam tadi.

Beliau dipercayai berkata demikian kerana kenyataan yang dikeluarkan Aiman beberapa hari lalu itu kedengaran mirip dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Anwar semasa kempen PRU lalu.

Aiman dilaporkan mengeluarkan janji tersebut dalam salah satu aktiviti kempen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin.

“Jadi dalam beberapa hari ini saya dah bertemu dengan penghulu. Banyak aduan dan keluhan, tentang jalan raya yang sempit, jalan raya yang berlubang, lampu jalan yang tidak bernyala, sampah sarap dan pendatang asing.

“Jadi 2 haribulan kita menang, 3 haribulan saya selesaikan semua masalah,” Aiman dipetik sebagai berkata.

Aiman merupakan calon PH dari Bersatu yang akan bertanding kerusi Adun Semenyih pada Sabtu ini.

Selain Aiman, calon lain yang bertanding ialah Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) serta Kuan Chee Heng (calon bebas).

Kata Hassan yang merupakan bekas ketua penerangan PAS Selangor, banyak pihak telah tertipu dengan manifesto PH yang menjanjikan pelbagai perkara.

Tambahnya, PH ialah golongan yang jelas-jelas munafik apabila tidak mengotakan janji yang mereka tabur ketika berkempen pada PRU-14.

“Semua janji PH hari ni kita lihat ialah penipuan yang cukup besar. Mereka ini munafik yang jelas-jelas dalam bentuk munafik.

“Dan semua kita tahu, antara orang-orang yang bersifat munafik yang disebutkan oleh nabi (antaranya memungkiri janji),” kata Hassan lagi.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker