SPR sahkan pemberian hamper dan baik pulih rumah satu kesalahan.

Share

Saya rasa pengundi di Semenyih tak payah lagi beri undi kepada PH pada Sabtu ini.

SPR hari ini mengesahkan pemberian hamper dan khidmat membaik pulih rumah yang disertai oleh risalah PH sempena kempen PRK Semenyih ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang pilihanraya.

SPR juga tegaskan bahawa perkara itu boleh dijadikan alasan ataupun bukti oleh pihak yang tewas untuk mencabar keputusan PRK.

Tahun lepas, kemenangan BN di Cameron Highland digugurkan kerana didakwa memberi rasuah kepada pengundi.

Akibat itu, PRK di Cameron Highlands perlu diadakan.

Memandangkan dua menteri PH termasuk presiden PPBM telah mengaku insiden pemberian hamper dan khidmat membaik pulih rumah kepada pengundi ini, maka peluang untuk membatalkan keputusan PRK Semenyih adalah sangat tinggi.

Oleh itu, ianya lebih baik jika pengundi di Semenyih tidak memberi undi kepada PH pada Sabtu ini.

Silap-silap PH menang, lalu keputusan dibatalkan dan kita perlu menjalankan semula PRK di sana lagi.

Nanti masa Rakyat dan dana kerajaan berjuta-juta untuk PRK semula terpaksa dihabiskan lagi.

Negara kita sudah ada banyak PRK selepas PRU14.

Kita tak perlukan satu lagi PRK ke atas PRK Semenyih.

Najib Razak

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!