Satu lagi aset kerajaan dijual kepada Singapura.

Share

Kali ini, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta minggu lepas.

Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hakmilik bebas terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur ini dikatakan pada harga yang bukan begitu baik dan hanya pada harga rizab sahaja.

Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini.

Dilaporkan juga bahawa Boustead terpaksa menjual hotel ini kerana LTAT perlukan wang.

Oleh itu, harga jualan mungkin telah terjejas.

Mengapakah LTAT tiba-tiba terdesak untuk memerlukan wang?

Kerajaan PH telah meneruskan agenda mereka untuk jual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN.

IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion.

Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dua minggu dahulu dengan harga RM1.65 bilion.

Minggu lepas juga, lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.

Najib Razak

2 thoughts on “Satu lagi aset kerajaan dijual kepada Singapura.

  • March 12, 2019 at 16:17
    Permalink

    SPRM siasat SEGERA siapa dalang yg makan komisen atas penjualan harta LTAT ini? Ayuh bongkarkan kerja2 petualang ini. Cakap tak serupa bikin

    Reply
  • July 2, 2019 at 08:36
    Permalink

    Dahsyat!!
    PH pelungkop !!
    Ranap harta negara di jusl oleh PH …. PENTAKBIR NEGARA YG BODOH DAN OTAK SINGKAT !!
    INI LAH…..Lim Gone End Dan barisan kabinet DAP nak lipuskan harta BUMIPUTRA !!
    Nah…. middle finger up fo PH .THE FAILLIER ????⬇️⬇️

    Reply

Leave a Reply