Desak Presiden letak jawatan tindakan tak beradab – UMNO Perak


UMNO Perak menyifatkan tindakan pihak tertentu mendesak secara terbuka Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai melanggar peradaban, tidak beretika dan bermaruah.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata semua pemimpin dan ahli tidak terpengaruh dengan fitnah parti lawan yang mahu melemahkan UMNO.

“UMNO adalah parti bertunjangkan dan berasaskan agama Islam serta bangsa Melayu sentiasa menjaga budi pekerti dan adab susila, ahli parti wajar menghormati institusi Presiden yang dipilih melalui pemilihan.

“UMNO harus belajar dan muhasabah diri daripada kesilapan serta kegagalan pada pilihan raya umum (PRU) IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut dengan permainan parti lawan hendak menghancurkan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman; Ketua Pemuda UMNO Pontian, Helmi Buang dan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan dan berehat.

Mohd Zolkafly berkata, ahli parti sepatutnya berusaha memperkasa dan memperkukuhkan kembali UMNO yang gagal menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, UMNO Perak turut menyokong penuh tindakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Kuala Kangsar yang membuat laporan polis bagi menyiasat dalang terbabit memasang poster menuntut Ahmad Zahid meletak jawatan. BH

https://mykmu.net/2017/05/21/ppbm-perak-desak-muhyiddin-letak-jawatan/

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker