PRK SEMENYIH – “CUKUPLAH SEKALI KITA KENA TIPU, JANGAN KENA TIPU LAGI” – BATIN ALEH MINTA ORANG ASLI SEMENYIH UNDI BN

Share

Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia. Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam.

Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar perihal bagaimana mereka diketepikan. Pakatan Harapan yang didakwanya hanya datang mencari mereka (Orang Asli) apabila berlaku Pilihanraya Kecil N24 Semenyih turut meninggalkan pesanan kepada pengundi Semenyih.

Inikah cara PH melayan rakyat selama ini? Cari mereka bila diperlukan dan kemudian pinggirkan apabila sudah dapat apa yang dimahukan? Berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak meletakkan apa juga tembok penghalang terhadap rakyat selama ini. Fikirkan sebelum membuang undi. Kalau Batin Aleh boleh berfikir logik apabila menyatakan pendiriannya, apa pula pemikiran pengundi lain?

Sumber : https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/02/prk-semenyih-cukuplah-sekali-kita-kena.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *