Pengurus Besar FELDA Lantikan PH Sahkan Hutang Untuk Kebajikan Dan Kepentingan Peneroka – Najib

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersyukur buat sekian kalinya kebenaran muncul lagi pada hari ini.

Tegasnya dalam hantaran di Facebooknya, satu lagi propaganda Pakatan Harapan (PH) telah dibuktikan sebagai fitnah.

“Selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14), saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa kebanyakan hutang RM8 bilion yang ditanggung oleh FELDA ini sebenarnya dipinjam kepada peneroka.

“FELDA pinjam dengan kadar murah untuk meminjam dengan kadar murah kepada peneroka untuk keperluan penanaman semula, pembinaan atau pembesaran rumah dan pendidikan anak-anak mereka.

“Pagi ini, pengurus besar dan pengarah FELDA yang dilantik oleh kerajaan PH telah mengesahkan ini dalam media yang dikawal oleh kerajaan PH,” ujarnya sambil memberi pautan berita tersebut;
https://www.nst.com.my/…/what-felda-settlers-need-hand-not-…

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan merujuk kepada laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Pengurus Besar dan Pengarah FELDA, Datuk Dr Othman Omar mengenai hutang yang ditanggung institusi menjaga hal ehwal peneroka tersebut.

Tambah Najib, dengan kenyataan tersebut terbuktilah beliau tidak berbohong tetapi PH sering menggunakan isu hutang FELDA untuk menuduhnya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah.

“Minggu lepas juga, Azmin Ali tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya mengenai hutang RM8 bilion FELDA ini. Seolah-olah wang RM8 bilion FELDA ini telah disonglap, diseleweng, dibazir atau diberi kepada kroni.

“Ya, betul. Kroni saya adalah peneroka FELDA. Kalau saya telah salah untuk menjaga ratusan ribu kroni ini, maka dakwalah saya lagi,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Najib bertanya mengenai dengan cabarannya kepada Azmin Ali untuk menggunakan duit hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November lalu bernilai RM8.42 bilion untuk menghapuskan segala hutang FELDA.

“Dengan itu, segala hutang peneroka dihapuskan juga seperti dijanji dalam manifesto mereka dan aset-aset FELDA tidak perlu dijual lagi (sebagaimana kenyataan Azmin, ‘Felda jual aset untuk tampung hutang’ http://www.utusan.com.my/…/felda-jual-aset-untuk-tampung-hu…).

“Jangan bayar wang dari jualan IHH Berhad itu kepada Menteri Kewayangan. Guna wang itu untuk hapuskan sepenuhnya hutang FELDA. Ada berani?, “ cabar Najib kepada Azmin. – MediaUMNO

UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker