Cadangan Pak Pandir Berkenaan Tol

oleh Ab Jalil Backer

Pak Pandir cadang kerajaan hutang berbilion ringgit untuk ambil alih tol empat lebuhraya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.

Jika berlaku pengambilalihan ini seperti dicadangkan rakyat akan menikmati tol percuma dari jam 11 malam sehingga 4 pagi.

Ini memang pandiran anda habiskan berbilion ringgit hanya untuk tol percuma ketika orang sedang tidur. Apa faedah kepada majoriti rakyat?

Ia hanya berfaedah kepada pengusaha pengangkutan kargo, pelanggan pusat hiburan seperti Zouk dan segelintir rakyat yang bekerja lewat malam.

Lebih pandiran, tol percuma lewat malam di empat lebuh raya ini disambut sorak-sorai oleh penyokong PH macam menemui malam Lailatul Qadar.

Agaknya jika benar-benar berlaku mahu ada yang “sembah” Lim Guan Eng

Harap mahacai ingat dan jangan lupa

1. Janji asal ialah mansuhkan semua tol. Setakat cadangan ambil alih tol berbilion ringgit untuk bagi percuma jam 12 tengah malam ia adalah kerja pandiran.

2. Janji asal mahu kurangkan hutang negara. Bukankah pengambilalihan ini akan meningkatkan hutang negara tanpa sebarang prospek pertumbuhan ekonomi?

3. BN berhak mempertikaikan kerana awal tahun lepas kerajaan telah tutup terus Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor; Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Sekitar 9 tol ditutup telah ditutup oleh pentadbiran Najib Razak sejak 2009.

Jangan ingat rakyat semua lembu tidak boleh berfikir hingga terbuai dengan nyanyian tol percuma lewat malam.

Untuk rekod sebahagian besar tol-tol yang membebankan ini adalah model perniagaan ciptaan Mahathir dan Anwar Ibrahim lebih 20 tahun lalu.

Jadi #maluapabossku. Nyata perancangan BN juga yang hebat!

Nota:

Rakyat dapat tol percuma tengah malam, kroni konsesi dapat berbilion ringgit dalam satu malam. ?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker