PRK Semenyih: Lagi Banyak Pakat Kalah, Lagi Banyak Rakyat Dapat

Politik Malaysia hari ini perlu diakui sudah banyak berubah berbanding dengan penggal pemerintahan yang dulu.

Antara lain, dulu, kerajaan perlu berbelanja banyak untuk menyenangkan hati rakyat setiap kali nak menang pilihanraya kecil.  Hari ini, kerajaan perlu berbelanja banyak untuk menyenangkan rakyat SETIAP KALI KALAH PILIHANRAYA KECIL.

Seperti bayar budak sekolah RM 100 – meniru Bantuan Persekolahan 1Malaysia dan terbaru, bagi BR1M kepada golongan bujang pun RM 100 juga yang diumumkan Menteri Kewayangan Regim, kononnya atas “desakan Perdana Menteri”.

Macam nak ketawa pun ada, nak menangis pun ya.

Tapi kalau nak ambik betul pun atas desakan Perdana Menteri, betullah tu tapi atas desakan Perdana Menteri ke-6 sebab hanya tak berapa lama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menyebutkan perkara itu, bantuan kepada orang bujang yang dulu ditarik balik, dikembalikan semula.

Jumlah saja yang tak sama, RM 0.27 sen/sehari.  Haru.

Begitupun inilah masanya untuk rakyat Malaysia di seluruh negara menukar corak memilih kita.  Dengan regim yang ada sekarang ni kita tahu dah, kalau nak nampak perubahan, kalau nak nampak janji dilaksanakan, pastikan puak-puak ini kalah setiap kali PRK ada.

Kebetulan atau memang Allah swt nak bagi petunjuk, mutakhir ini macam-macam PRK pulak yang ada di negara kita, seakan nak bagi kesempatan kepada rakyat untuk mengajar para penipu ini semua agar melaksanakan apa yang mereka janji.

Dalam hal PRK Semenyih yang akan datang, inilah peluang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker