Fenomena “Bossku”: Yg Berangan Nak Jadi Presiden UMNO Tu Patut Malu

Bossku

Populariti di media sosial selalunya tidak lama.  Saya masih ingat ketika “kangkung” dan “derma” menjadi trending di media sosial, tidak ada orang yang tidak bercakap mengenainya – buat beberapa hari, sebelum senyap begitu saja.

Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menguasai media sosial dengan tagline “Bossku” (pelbagai variasi).  Berbeza dengan dua yang di atas, Najib menggabungkan buat pertama kali di negara ini, fakta dan sinikal dalam masa yang sama.

Biasanya kalau benda tranding berkaitan pembangkang di media sosial hanya ada fitnah dan sinikal saja, kali ini buat pertama kali, fakta dan sinikal.  Tak hairan tagline itu bukan sekadar popular di alam siber, ia juga popular di alam nyata dengan T-Shirtnya lah, dengan kedai makannya lah dan lain-lain.

Tapi “hari ini” tak selalunya sama.  Akan sampai masa, populariti itu menjadi kendur dan diambil alih oleh benda yang lain.

Justeru, UMNO/BN tidak boleh terlalu bergantung kepada popularity “Bossku” ini dan Najib saja, perlu ditambahkan lagi dengan personaliti yang lain pula.  Golongan muda dan tak berapa nak muda dalam UMNO patut isi apa yang lebih berjaya dilakukan oleh Najib – bersendirian.

Malulah golongan muda dan tak berapa muda ini kalau Najib pandai mengambil kesempatan atas permainan media sosial orang muda, berbanding orang muda itu senediri.   Teringat seorang pemimpin tak berapa muda UMNO, dia hanya pandai mengkondem partinya sendiri di media sosial dari menghentam parti lawan seperti mana yang dilakukan Najib.

Tapi nak pimpin parti.  Macam mana nak pimpin parti kalau semua benda yang parti lawan buat tu baik?

Populariti Najib Meningkat Kerana Dah Ramai Nampak Kebenaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker