Kurangkan anggota Kabinet, bukan penjawat awam

Kerajaan didesak supaya mengecilkan jumlah anggota Kabinet terlebih dahulu, bukannya mahu mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Selangor, Datuk Noorazley Yahya beranggapan hal ini kerana selepas sembilan bulan mentadbir negara, rakyat sudah pun dapat melihat majoriti menteri yang dilantik gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Katanya, menteri yang dilantik telah gagal menangani isu kos sara hidup yang masih tinggi, peningkatan harga barangan, penurunan harga komoditi dan bantuan yang selama ini dinikmati rakyat pula dimansuh atau dikurangkan.

“Pemuda UMNO Selangor kesal dengan cadangan kerajaan yang mahu jumlah penjawat awam dikecilkan. Lebih malang, cadangan ini dikeluarkan selepas seminggu kerajaan memberi ‘amaran’ supaya penjawat awam berpegang kepada prinsip taat setia terhadap kerajaan yang memerintah.



“Perkara ini juga bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri beberapa hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menegaskan jumlah penjawat awam tidak akan dikurangkan walaupun berlaku penstrukturan semula kementerian seiring dengan pertukaran kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Perdana Menteri yang berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan turut memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta, peningkatan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003. – UTUSAN ONLINE

Orang melayu dan penjawat awam fikir sendirilah nasib anda 4 tahun mendatang.



Jasa PH Kurangkan Harga Internet Unifi & Mobile Data? Nanti Dulu…..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker