KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO TERHADAP RASUAH PILIHANRAYA OLEH PAKATAN HARAPAN

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung cubaan membeli undi bagi PRK N24 Semenyih oleh pihak Pakatan Harapan melalui pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh pihak Pakatan Harapan.

PPUM diwakili oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Dato Mohd Zaidy Abdul Kadir telah membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 10:00malam, hari ini Khamis 21 Februari 2018.

PPUM mendesak agar laporan ini disiasat dengan adil dan segera dibawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana sekiranya tidak dibendung ianya akan menjejaskan demokrasi. Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker