PH berpecah tiga tahun lagi?

Jangka hayat pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak akan bertahan lama dan bakal mengalami perpecahan dalam tempoh tiga tahun lagi ekoran kewujudan kem-kem berbeza di antara parti komponennnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keadaan itu didakwa sedang berlaku dalam PH yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Seiring perkembangan tersebut, beliau juga yakin kedudukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja di samping tidak akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Rakyat mulai sedar, kesal dan bangkit sebagaimana yang dibuktikan dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini dan seterusnya akan diikuti oleh PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, bulan depan.

“Sikap golongan muda turut berubah kerana mereka merasa tertipu dengan janji-janji yang pernah dibuat oleh parti dalam PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya ketika berucap dalam Program Singgah Santai bersama Jawatankuasa UMNO DUN Jabi, dekat sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker