Laluan sukar PH menang PRK DUN Semenyih

Pakatan Harapan (PH) bakal melalui laluan yang sukar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih apabila nilai integriti para pemimpin semakin terhakis akibat kegagalan menunaikan pelbagai janji.

Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, walaupun penyandang kerusi DUN Semenyih adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun faktor itu bukan lagi kelebihan untuk PH meraih kemenangan.

“Saya tidak nampak PH boleh memberikan imej parti yang kuat, tidak nampak sokongan yang kuat di peringkat akar umbi. Saya tidak nampak imej PH yang baik untuk dipertahankan di PRK DUN Semenyih ini.

“Kalau imej perpaduan lagi kelam kabut, kepercayaan kepada parti tidak ada. PH tidak ada isu besar yang hendak diangkat di Semenyih melainkan isu 1MDB, RM90 juta dan mengungkit kesilapan kerajaan lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panel jemputan Program Bicara Persada: Cameron Highlands ke Semenyih: Adakah Landskap Politik Akan Berubah? di UKM, Bangi, dekat sini hari ini.

Selain Mohammad Agus, panel jemputan lain adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker