#PrkSemenyih : Rakyat tidak mahu mendengar isu saya -Najib

Penduduk hanya mahu mendengar ceramah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mengenai apa yang boleh dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam membantu pembangunan dan kesejahteraan rakyat, bukan mengenai isu-isu yang berkaitan bekas Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat juga mahu melihat parti mana yang boleh membantu kawasan ini dan itu adalah persoalan utama.

Mengulas lanjut, beliau juga bukan calon yang akan bertanding di kawasan DUN berkenaan untuk dijadikan modal berkempen PH.

“Mereka (rakyat) nak mendengar apa kerajaan boleh buat, parti mana boleh bantu kawasan ini dari segi pembangunan, dari segi kesejahteraan rakyat. Itu persoalan pokok.

“Jadi maknanya, dia (PH) sudah tersasarlah. Kalau nak cakap pasal saya, isunya bukan saya, isunya PRK,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan ke Pekan Rabu Beranang, Beranang dekat sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai ceramah-ceramah PH yang sering menyebut namanya sebagai modal dan bahan untuk berkempen pada PRK DUN Semenyih.

Yang turut hadir pada lawatan itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker