‘Bossku’ diserbu penduduk Beranang

Bossku

Bukan biasa biasa.

Fenomena ‘Bossku’ melanda pekan Beranang di sini apabila lebih 1,000 penduduk setempat menyerbu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penduduk dikatakan menunggu ketibaan Najib seawal pukul 7.30 pagi lagi.

Pekan Beranang yang selalunya tenang dan damai, tiba-tiba bertukar sesak dengan kehadiran orang ramai dan kenderaan yang bertali arus.

Bukan itu sahaja, ramai yang menjerit Bossku! Bossku! Bossku! dari jauh.

Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan singgah di pekan Beranang untuk bersarapan pagi dan melawat Pekan Rabu Beranang.

Orang ramai turut mengambil peluang berswafoto, malah ada yang mengambil peluang mendakap dan mencium pipi bekas pemimpin negara berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Fenomena “Bossku”: Yg Berangan Nak Jadi Presiden UMNO Tu Patut Malu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker