PRK SEMENYIH – PAKATAN HARAPAN DILANDA ‘TSUNAMI’, MAHATHIR BAKAL BERDEPAN UNDI TIDAK PERCAYA?

Share

https://2.bp.blogspot.com/-QeORq0fihEU/XGu__BdI36I/AAAAAAABARI/urV4-l2icywVLX6zqI4rCuXOVcNSuJ9DACKgBGAs/s1600/20190219_163232.jpg

Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka (DAP) di Prk Cameron Highlands tempohari? Bermula dengan kecaman Ronnie Liu, kini Boo Cheng Hau (Johor) pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada janji.Mungkin ini sebabnya Mahathir menyerang PAS dan mendakwa Presiden Pas berjanji tidak menyokong Umno dalam PRK N24 Semenyih.

https://4.bp.blogspot.com/-chh4s_spuKc/XGPovQvZXRI/AAAAAAAA_Xs/Jw0jxQBQaesDh6Lx-krwds3FwT2_HNJfQCPcBGAYYCw/s1600/FB_IMG_1550050117589.jpg

Kekeruhan ini kelihatan ketara apabila Mahathir menerima 7 orang AP bekas Umno masuk ke PPBM ditambah kekalahan calon pilihan DAP kepada BN di Prk CH walau ada desakan dari PPBM sendiri untuk meletakkan calon Melayu menentang BN. Bagaimanapun setelah ‘AKUR’ dengan persefahaman, PH meletakkan Calon DAP. Natijahnya mereka (PH) kalah dengan majoriti 3238 undi dan ini pastinya memalukan DAP yang yakin mampu merampas kerusi tersebut seterusnya menambah jumlah kekuatan di Parlimen.

https://1.bp.blogspot.com/-YcYzFbmwp6w/XGWvqTGtW9I/AAAAAAAA_kw/T2JQN8GOKT0CKry8_Yo3RTm9mzuA7XdlACPcBGAYYCw/s1600/FB_IMG_1550130244646.jpg

Mahathir yang terdesak apabila melihat kerjasama BN, Pas telah mengeluarkan dakwaan kerjasama tersebut tidak wujud. Bagaimanapun pihak PAS telah membuat kenyataan balas dan ternyata Mahathir ‘KANTOI’ dalam cubaan memecahbelahkan usaha penyatuan Umat yang diusahakan Umno dan PAS.

ADAKAH DESAKAN DAP INI BERMAKNA AKAN ADA USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI? SEMAKIN JELAS SELAMA INI MAHATHIR HANYALAH ‘TUNGGANGAN’ KEPADA DAP BAGI MERAIH UNDI MELAYU SEPERTI MANA UNGKAPAN ‘SUPERMAN HEW’ – “MELAYU SKREW MELAYU”.

Leave a Reply