PRK SEMENYIH – ‘AIMAN TAK KISAH’ TOL TIDAK DIHAPUSKAN, SIBUK JANJIKAN HOSPITAL

Share

Calon Pakatan Harapan, Aiman Zainali mahu fokus pembinaan sebuah Hospital di Semenyih sedangkan jalan masuk ke tempat berkenaan dilingkari TOL. Mengapa beliau tidak mahu memperjuangkan penghapusan TOL di Semenyih sebaliknya mahu Hospital? Adakah beliau tahu carian di internet ada 10 buah Hospital termasuk Hospital Kajang yang diberikan penarafan 4 bintang. Beliau (Aiman) nampaknya memang tidak peka dengan perkembangan tersebut jadi bagaimanakah beliau mahu menjadi ADUN Semenyih selain mengeluarkan kenyataan ‘DANGKAL’?

Carian Hospital Di Semenyih menerusi Internet

Jarak 7.3 kilometer ke Hospital Kajang dari Dataran Dato Ahmad Said (jarak yang diletakkan dalam carian) boleh dikatakan agak dekat dan ini amatlah tidak ekonomik bagi kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan peruntukan besar hanya untuk menang PRK Semenyih apatah lagi Pakatan Harapan sering mendakwa keadaan kewangan Malaysia amat buruk. Mana pemikiran LOGIK Aiman? Isu TOL yang melingkari Semenyih sepatutnya beliau perjuangkan selain Isu Penangguhan bayaran balik Pinjaman PTPTN seperti dijanjikan Pakatan Harapan dalam Manifesto mereka. Mungkinkah bila beliau (Aiman) tamat pengajian Doktor Falsafah baru boleh difikirkan masalah ini?

Mengapa kempen PH bersama calon tidak berani menyentuh isu PTPTN dan TOL? Selaku calon sepatutnya beliau berbuat sesuatu bagi menyuarakan aspirasi Anak Muda yang kini semakin terkesan dengan keadaan ekonomi yang merudum serta keluhan rakyat Semenyih berkaitan kos sara hidup yang semakin menghimpit. Belum lagi sentuh bab BaSaH yang menggantikan BR1M. Sebagai Anak Muda, Aiman perlu berjuang bagi golongan Bujang (dikeluarkan dari kategori penerima) supaya mereka turut terima Bantuan Sara Hidup sepertimana ketika BR1M dilaksanakan.

Adakah ‘Aiman Tak Kisah’ keluhan sebenar pengundi Semenyih? Mampukah Aiman bersuara jika beliau menang? Persoalan ini perlu difikirkan pengundi Semenyih apabila tiba hari pengundian pada 2 Mac 2019.

Leave a Reply