Kalau PH panas sangat mandi air sungai sejukkan badan – Najib

Pagi ini saya baca balik Manifesto PH untuk PRU14.

Cari punya cari, saya tak nampak pun antara janji-janji yang ditabur mereka termasuk janji untuk menyerang saya tiap-tiap hari selama 5 tahun.

Maka, menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud ekonomi akan bertambah baik atau agama telah dipertahankan.

Menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud kos sara hidup rakyat akan turun.



Menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud sijil-sijil tipu menteri tiba-tiba menjadi sahih.

Atau menteri-menteri mereka tidak lagi menjadi bahan jenaka untuk menghiburkan rakyat tiap-tiap hari.

Menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud janji-janji mereka telah ditepati dan bukanlah lagi capati free yang dihidang kepada rakyat tiap-tiap hari.

Saya bukan calon di Semenyih.



Saya juga bukan presiden UMNO atau BN.

Buat apa nak serang saya?

Saya cuma pergi ke Semenyih untuk beli sedikit barang di Tesco dan sekali-sekala ke sana untuk test mikrofon.

Itupun PH mahu panas tiap-tiap hari.



#PanasApaBossku

Kalau panas sangat, Semenyih ada waterfall.

Mandi air sungai, sejukkan badan.

NAJIB RAZAK



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker