Sepatutnya tunai janji manifesto, bukan curi pemimpin UMNO – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak memberi keutamaan menunaikan janji manifesto sebaliknya sibuk menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menyertai mereka.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tindakan menerima wakil rakyat BN telah menimbulkan keresahan dalam kalangan parti komponen PH terutama apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyatakan pendirian berbeza sebelum ini.

“Yang penting adalah mereka (PH) menunaikan janji kepada rakyat dan bukan mencuri pemimpin UMNO, Mereka (PH) sengaja diam mengenai janji yang ditabur kepada rakyat,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal Free Malaysia Today di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Najib turut menegaskan tindakan enam ahli Parlimen UMNO yang melompat ke Bersatu boleh dianggap sebagai ketandusan prinsip dan maruah.

Katanya, enam ahli Parlimen itu sepatutnya kekal bersama UMNO untuk memulihkan parti tersebut dan bukan menyertai Bersatu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Jika kita memiliki prinsip, rakyat akan lebih menghormati kita walaupun kita pembangkang berbanding jika kita lompat dan sertai parti (kerajaan).

“Di dalam politik, kita mesti ada prinsip dan maruah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker