PrkSemenyih : Suara rakyat lebih penting

Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi menyifatkan suara rakyat adalah lebih penting daripada apa ingin beliau perkatakan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang sedang berlangsung.

Jelas Zakaria, beliau ingin mengambil peluang tempoh berkempen yang ada bertemu penduduk di Semenyih bagi mengetahui apa yang mereka mahu perkatakan.

“Buat masa ini kita nak berjumpa rakyat, pengundi. Bukan suara saya yang penting, saya cakap nanti tiada bukti, tiada guna juga.

“Baik orang ramai yang menentukannya, baik kita hati ke hati dengan pengundi. Saya mewakili BN, biarlah jadi referendum suara rakyat kepada pemerintah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan BN di Taman Sri Haneco di sini hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita mengenai jemputan daripada pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi program debat melibatkan keempat-empat calon yang bertanding pada PRK Semenyih.

Sebelum ini, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mengesahkan bersetuju untuk menyertai debat dianjurkan Bersih itu yang dijadual berlangsung di kampus Universiti Nottingham Malaysia di sini pada 25 Februari nanti.

“Ada terima (jemputan), tapi saya rasa tak perlu cakap banyaklah. Tunggulah 2 Mac nanti,” katanya-UTUSAN ONLINE.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker