PhD: Saya lupa kemas kini maklumat LinkedIn, kata calon PH

Muhammad Aiman Zainali menjadi individu terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa menjelaskan latar belakang akademiknya.

Calon PRK Semenyih berusia 30 tahun itu menjelaskan beliau memang belum menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dan tidak pernah mendakwa sebaliknya.

Menurut laporan The Star Online hari ini, ada beberapa percanggahan berkenaan maklumat pelajaran di profilnya dalam laman rangkaian profesional, LinkedIn.

Menurut laporan, terdapat risalah kempen yang memaklumkan Aiman, menantu kepada penyandang DUN Semenyih Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor, sedang menuntut di peringkat PhD dalam kejuruteraan elektrik, manakala profil LinkedIn menyatakan beliau menamatkan pelajaran peringkat itu pada 2016.

“Ketika membuat akaun itu, saya nyatakan menjangka tamat belajar pada 2016 tetapi ia tidak terjadi kerana saya terpaksa tangguh pengajian untuk menjaga nenek yang sakit.

“Saya terlupa untuk kemas kini akaun LinkedIn,” katanya seperti dipetik.

Terdahulu, beberapa pemimpin PH dilanda kritikan apabila didakwa memalsukan kelayakan akademik dalam maklumat diri mereka.

Ia bermula dengan Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya, yang kemudiannya menjelaskan beliau mendapat sijil daripada Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat, bukannya Cambridge University United Kingdom.

CIU kemudian didakwa sebagai ‘kilang pengeluar sijil’.

Selain Marzuki, kelayakan akademik Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor Osman Sapian turut dipersoalkan. Mereka akhirnya mengakui tidak menamatkan pengajian peringkat ijazah di universiti masing-masing.
Mkini

Related Articles

One Comment

  1. sedap mak bapak dia rasa tak bersalah apapun padahal terang2 cakap bohong….kalau tak habis penjajian apatah lagi belum lagi mula pengajian jangan kata ada ijazah PhD…lupa nak beritahu nobita rupa2nya takde sijil profesyenal akauntan, dia cuma akauntan cabuk je macam doktor tak mohon sijil general practitioner(GP) & tak pernah buka klinik apatah lagi pernah bekerja di mana2 hospit…dalam erti kata lain menteri kewangan tak pernah ada pengalaman bekerja dengan mana2 firma akauntan, sebab itu dia terus senyap selepas buat silap tuduh kerajaan BN lesapkan duit bayaran balik GST

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker