Mahathir cuba tutup kelemahan PH

Mursyi­dul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mengi­ngatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa parti itu sama sekali tidak akan me­lakukan sesuatu yang merugikan Islam.

Malah, Hashim juga melihat kenyataan Dr. Mahathir kononnya Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebagai cubaan memecah-belahkan perpaduan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.

Katanya, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkemungkinan bagi menutup kelemahan dalam PH sendiri khususnya ketika mereka begitu ter­desak memenangi PRK kali ini selepas ditolak di Cameron Highlands.

“Ya, saya ada de­ngar Dr. Mahathir kata Pas tidak akan sokong UMNO, jadi kita tunggu dan de­ngar apa penjelasan daripada Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mengenai perbincangan dalam pertemuan baru-baru ini.

“Kita pun tidak tahu apa tujuan Dr. Mahathir keluar kenya­taan begitu (Pas tidak akan sokong UMNO) kerana se­perti sedia maklum Perdana Menteri itu sememangnya licik bermain politik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian me­ngulas dak­waan Dr. Maha­thir mengenai penga­kuan Abdul Hadi yang Pas tidak menyokong calon UMNO pada PRK DUN Semenyih.

Tambah Hashim, beliau percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan Dr. Mahathir itu terutama apabila melihat beberapa pemimpin kanan Pas hadir ke pusat penamaan calon semalam bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Jadi, saya tidak nampak pula pemimpin Pas hadir ke pusat penamaan calon untuk menyokong PH. Kita juga penuh yakin kepemimpinan Abdul Hadi tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan Islam,” katanya.

UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-m-cuba-tutup-kelemahan-ph-1.843159#ixzz5fqQgY2bS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker