PRK Semenyih: PAS Parti Yg Tak Pernah Gentar!

Mula-mula membaca berita kononnya PAS tidak akan menyokong calon UMNO dalam PRK DUN Semenyih, hati saya berteka teki sama ada perkara ini benar atau sengaja diadakan.

Di media sosial, ramai kata perkara ini mungkin benar berikutan satu pertemuan antara Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abd Hadi Awang dengan orang yang membuatkan dakwaan – tak lama sebelum itu.

Pelik juga sebab baru saja tak berapa lama PAS disindir kerana menyokong parti “kafir” sehingga membawa kepada kemenangan BN dalam PRK Cameron Highland hari tu, takkan sekejap itu saja PAS dah ‘bekerjasama’ dengan orang yang menyindir mereka begitu saja kot?

Siap ada perjanjian apa bagai, macam tak logik?  Maka itu saya ambil pendekatan tunggu dan lihat.

Hakikat ia keluar dari mulut penipu rakyat dalam PRU14 tu satu hal lah, satu hal lagi, calon yang bertanding dalam PRK ini guna lambang BN, bukan lambang UMNO walaupun beliau memang dari parti UMNO.

Begitu pun semuanya selesai bila sepucuk surat dari PAS Selangor yang mahu semua ahli parti berkenaan menyokong calon BN dalam PRK berkenaan, menjawab semua persoalan.   Abd Hadi pula mengesahkan perjumpaan itu adalah berkenaan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, bukan pasal parti itu tak sokong BN dalam PRK Semenyih.

Walaupun apa yang dikatakan orang mengenai PAS, tapi satu yang pasti, parti itu dan pimpinan mereka bukan beriman dengan penipuan.  Yang kaki kelentong dalam parti ini dulu, semua dah keluar buat parti lain.

Apa pun, berdasarkan perkembangan ini (sehingga dibuktikan sebaliknya), rakyat kena tipu lagi nampaknya.

Tak habis-habis kita kena tipu dan ada pihak pulak tak habis-habis nak menipukan rakyat sekalipun dah banyak penipuan mereka sebelum ini terbongkar.

Justeru, PRK Semenyih inilah peluang paling sesuai untuk rakyat terus menghantarkan mesej membantah penipuan berterusan ini dari terus berleluasa, dengan memenangkan calon BN, Zakaria Hanafi (gambar) dalam PRK tersebut.  Beliau pun memang asal situ dan kelulusan yang dipunyainya, asli lagi.  Anak-anak pun semuanya “menjadi”.

Dari sokong puak tu dengan janji pun tak laksana, lagi baik bagi depa kalah saja.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker