PRK SEMENYIH – CUBAAN KELIRUKAN PENGUNDI SEMENYIH, TUN M TERSEDAK KURMA ‘USOP TAIYOP’?

Satu kenyataan yang dikeluarkan Tun M mengenai kerjasama Bn,Pas dalam menghadapi PRK N24 Semenyih menerima tamparan. Sepucuk surat arahan kepada kepimpinan PAS bagi menggerakkan jentera Prk PAS dikeluarkan Hj Abdul Halim Omar – Setiausaha Perhubungan Pas Selangor menjelaskan segalanya.

Pakatan Harapan yang melihat kerjasama ini menerima reaksi luarbiasa apatah lagi tanpa halangan dari komponen BN mulai gusar akan nasib PH yang dijangkakan tidak mampu bertahan lebih dari sepenggal jika perkara ini diteruskan. Oleh demikian ‘Langkah Kejung’ perlu dilakukan segera dan Tun melihat pertemuan beliau dengan Presiden PAS merupakan ‘peluang terbaik’ melakukan sesuatu bagi memggagalkan kerjasama ini. Ternyata usaha penyatuan dua parti dari blok pembangkang mampu memberikan tekanan terhadap PH dengan dibantu KEGAGALAN PH melaksanakan segala JANJI mereka pada PRU14 dan ini amat ditakuti Tun dan sekutu kuat mereka.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak PAS sendiri dapatlah dirumuskan kenyataan Tun M mungkin disebabkan beliau Tersedak ‘Kurma Usop Taiyop’ dan hanya mahu mengelirukan penyokong BN dan Pas. Mahathir juga mungkin melihat titik permulaan kerjasama Bn,Pas yang dimulakan dari Prk Cameron Highlands akan merebak ke Prk seterusnya sekaligus menampakkan bahawa Pakatan Harapan tidaklah sekuat mana dan boleh tergugat apatah lagi dengan masalah dalaman yang mereka hadapi kini.



Kempen PH pada Prk Semenyih nampaknya bermula dengan ‘Langkah Sumbang’ apabila menerima khabar calon PPBM diboikot sebahagian pengundi PH sendiri dan bagi mengalih perhatian Mahathir terpaksa membuat ‘BlackOps’ yang biasanya dilakukan ‘Macai Macai Pakatan Harapan. Adakah kini Tun sudah mula ‘Turun Pangkat’ kerana kegagalan ‘Macai Macai PH’?

Sumbe: https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker