PAS Tidak Khianat UMNO

Share

oleh Ab Jalil Backer

Terbaru SUA PAS mengaku ada beri surat contoh kepada Tun Mahathir. Sama ada ia membawa maksud tidak akan bantu BN dalam PRK Semenyih tidak dapat dipastikan.

Surat contoh ini mesti berharap timbal balik. Kita tidak tahu apa. Tapi saya syak ia membabitkan pembayaran royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan.

Ia bukan satu perjanjian atau aku janji seperti yang cuba digambarkan oleh Mahathir. Sehingga kini ia sekadar contoh perjanjian.

Malang nasib Pas, Tun Mahathir bukanlah seorang yang berpegang kepada kerahsiaan dan kejujuran perbincangan. Kepada beliau matlamat menghalalkan cara.

UMNO tidak perlu gundah gulana. Ia tidak timbul soal Pas mengkhianati UMNO. Ini adalah politik, maka Pas pun perlu melihat pelbagai pilihan.

UMNO juga pada suatu masa akan datang mungkin membuat keputusan bertentangan dengan keadaan sekarang.

Apa yang penting jentera BN bekerja keras menarik pengundi. Jangan marah, herdik atau mencerca Pas. Mereka semua ada undi dalam PRK ini.

Dalam PRK jangan menambah musuh. In sha Allah penyokong PAS akan undi calon BN dalam PRK ini.

(Visited 13 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!