Bersatu tetap akan ke Sabah walau ditentang Warisan.

Bersatu akan ditubuh di Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melebarkan sayapnya di Sabah tidak lama lagi bagi melengkapkan tiga lagi parti Pakatan Harapan (PH) sedia ada di negeri itu.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Bersatu hari ini dan diumumkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan rakyat Sabah yang ingin menyertai Bersatu selain Parti Warisan Sabah (Warisan).



Namun, katanya, pihaknya menetapkan syarat penting iaitu pemohon mesti keluar UMNO dan bukan ahli dalam mana-mana parti PH, menjadi ahli bebas dalam tempoh yang lama dan latar belakang pemohon yang akan ditapis terlebih dahulu.

“Kita (Bersatu) hendak pergi Sabah sebab hendak kuatkan kerajaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, bukan menentang.

“Kita ke sana (Sabah) bukan untuk tukar kerajaan. Itu bukan niat kita,“ katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. -UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker