#PrkDunSemenyih : PH masih percaya bahawa ramai rakyat Malaysia adalah ‘uneducated’ – Najib

Semalam, seramai 7 Menteri PH termasuk Azmin turun ke Semenyih.

Semalam juga, Menteri dalam negeri juga kunjung ke sana untuk umumkan peruntukkan berjuta-juta ringgit kepada pihak polis di sana.

Dua hari sebelum itu, satu lagi Menteri PH beri minyak hitam percuma kepada pengundi di sana.

Siap beri khidmat gunting rambut free.



Menteri-menteri ini pakai jentera dan dana kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pemberian barang percuma kepada pengundi di Semenyih.

Tetapi Azmin kata ini bukanlah satu isu.

Dia kata ini tak ada kaitan dengan PRK di Semenyih dan tidak patut dikaitkan dengan PRK.

Dia kata sebab utama ramai menteri-menteri tiba-tiba kunjung ke Semenyih ialah menteri-menteri PH berkhidmat sepanjang masa tanpa mengira lokasi dan berlaku pilihan raya atau tidak.



Azmin kata ramai Menteri-menteri PH tiba ke Semenyih sebelum PRK ialah satu kebetulan sahaja.

Ya, kebetulan sahaja bahawa 9 menteri PH turun ke sana dalam tempoh masa 3 hari yang lalu ini.

Bukan kerana PRK dan bukan main kotor.

Rakyat mesti percaya kerana PH tidak pernah tipu.



PH suci dan murni.

Mereka tak salahgunakan kuasa dan dana kerajaan untuk PRK.

Mereka tak pernah tipu manifesto, tak pernah fitnah, tak tipu ijazah.

PH masih percaya bahawa ramai rakyat Malaysia adalah uneducated ke?



BERSIH ada nampak tak?

Mana BERSIH?

Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker