Kadir Jasin akui Mahathir dan kabinetnya gagal mentadbir dan mengurus negara

Share

KENYATAAN MEDIA

1. Penulisan penasihat media kerajaan, Datuk A Kadir Jasin bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara penting mencerminkan ada kekurangan dalam tadbir-urus ekonomi negara.

2. Ia memperlihatkan kepincangan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Menteri Kewangan, Bank Negara dan tokoh-tokoh yang dilantik mengetuai beberapa GLC, misalnya PNB dan Khazanah Nasional.

3. Ingin dipersoalkan kenapa Perdana Menteri, yang memiliki pengalaman 22 tahun mentadbir negara sebagai PM ke-4, gagal mengenal pasti kelemahan serta kekangan ekonomi yang kita hadapi.

4. Mengapakah pemilihan tokoh-tokoh ini dilihat dibuat secara ‘tangkap muat’, dan di manakah pakar ekonomi yang seharusnya membantu Kerajaan PH dalam pengurusan fiskalnya? Kenapa tidak dijemput bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

5. Selepas sembilan bulan memerintah, serangan kemelesetan ekonomi dunia terus dipersalahkan dan dijadikan ‘helah politik’ terhadap kenaikan harga barang, kemerosotan rizab antarabangsa, penyusutan nilai ringgit dan ketidakstabilan pasaran saham.

6. Di mana sebenarnya kewarasan pentadbiran ekonomi di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan penasihatnya yang dikatakan memiliki ilmu yang tinggi di bidang ini?

7. Usahlah menggunakan Majlis ini sebagai modal menutup kelemahan sendiri, misalnya dengan terus menyalahkan kerajaan terdahulu yang kononnya tidak memberi sumbangan langsung terhadap sistem kewangan negara.

8. Jabatan ini mengesyorkan agar kerajaan menghentikan usaha menarik simpati rakyat ini, dan sebaliknya menumpukan perhatian terhadap tugas untuk mereka.

9. Dr Mahathir mempunyai Tun Daim Zainuddin sebagai bekas Menteri Kewangan dan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai bekas Menteri Perrdagangan Antarabangsa. Jika merekalah yang didakwa mempunyai kepakaran memulihkan ekonomi negara, maka tidak perlulah melantik orang baru bagi potfolio ini.

10. Majlis Tindakan Ekonomi Negara ini wajar digunakan untuk mencari formula baru bagi mengatasi kelemahan sendiri dan bukannya dengan meletakkan kesalahan itu pada orang lain.

Jabatan Komunikasi Strategik
Penerangan UMNO Malaysia
12 Februari 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *