Maqasid Syariah & AES: Nak Cover Temberang Kau, Macam-Macamlah Kan?

Share

Perbincangan berkisar Maqasid Syariah ni sebenarnya, kalau disebut pun, ia selalunya dalam konteks yang sangat jaranglah senang kata.  Perkataan itu sendiri bukan semua orang tau, apatah lagi menggunakannya dalam pertuturan sehari-harian.

Sepertinya menggunakan perkataan ‘menyahkan’ sampah dari rumah bila mana ‘membuang’ saja pun sudah lebih dari cukup.  Belum bercakap mengenai konteks penggunaannya lagi tu.

Kalau nak cakap sangat pun, selalunya dalam perbincangan berkaitan agama, syarak dan seperti itu.

Umpamanya, sekitar awal dekad 2000 dulu, terma maqasid Syariah ini sering digunakan sebagai alasan untuk menolak dari melaksanakan hudud oleh seorang pemimpin kerajaan pada ketika itu.

Betul ke tidak apa yang dia cakap tu ikut faham masing-masinglah, soalnya sekarang ialah berdasarkan itu, konteks perbincangan berkaitan maqasid syariah ini lebih kurang macam itu.

Tapi, tak pulak saya sangka, soal nak menyaman rakyat ke tidak menggunakan kamera AES ini pun, kena guna maqasid Syariah juga.  Taklah salah tapi nampak tak kena, macam sedikit bodoh pun ada.

Apatah lagi perkara ini (AES) bukan khusus mengenai agama pun seperti mana selalunya berlaku dalam perbincangan membabitkan terma maqasid Syariah secara khusus.

Lebih lagi dari apa yang saya baca di media sosial, isu AES ni jadi bantahan ramai bukan pasal maqasid Syariah ke tidak tapi sebab dulu janji nak hapuskan, tapi bila dah berkuasa, bukan saja tak dihapuskan, kamera itupun nak dibanyak-banyakkan lagi.

“Apa kena mengena dengan kau mungkir janji untuk hapuskan AES dan maqasid Syariah pulak?”, tanya seorang pengguna media sosial.

Jadi fahamlah kenapa ia jadi bantahan ramaikan?

One thought on “Maqasid Syariah & AES: Nak Cover Temberang Kau, Macam-Macamlah Kan?

  • February 13, 2019 at 11:21 pm
    Permalink

    Sekarang aku dah malas nak komen2 dlm mykmu.
    Aku tolong senyum aje sebab sekarang orang ramai dah nampak realiti dan fantasi yang sebenar-benarnya.
    Tapi aku tetap follow mykmu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *