Kelayakan Akademik: Biar Kecik Asalkan Asli

Share


Saya masih ingat nasib yang menimpa Datuk Sri Ahmad Bashah, bekas Menteri Besar Kedah beberapa tahun yang lepas bila mana kelulusan akademik beliau – sekadar SPM, menjadi isu besar di media sosial.

Ketika ianya berlaku, tak habis-habis orang mengutuk dan mempersendakan kelulusan berkenaan. Padahal, SPM pada zaman 60-an kira besarlah tu, tapi sebab bodoh-bodoh yang mengulas, nampak macam tak sekolah benar jadinya.

Menurut orang-orang tua, zaman itu dengan kelulusan darjah 6 pun dah boleh jadi guru, apa lagi SPM!

Apa pun yang penting, kurang-kurang SPM Ahmad Bashah itu, walaupun dikirakan “kodi” pada zaman ini, ia adalah asli, bukan palsu atau dibeli.

Malah, lebih bermaruahlah ada SPM saja pun asalkan asli daripada ada degree tapi palsu atau dibeli seperti yang dikatakan berlaku kepada beberapa orang pemimpin dalam regim hari ini.  Itupun saya difahamkan, ada beberapa orang lagi yang turut terlibat, menanti masa untuk didedahkan saja.

Begitupun, syukur sebab rakyat dah nampak dah sekarang sampai mana tahap penipuan mereka. Ini boleh dilihat dari komen-komen di media sosial yang menentang amalan sedemikian.  Nampaknya, bukan saja manifesto, kelulusan pun (kalau betullah seperti apa yang dituduhkan itu) nak ditemberangnya juga?



2 thoughts on “Kelayakan Akademik: Biar Kecik Asalkan Asli

  • Pingback:Kelayakan Akademik: Biar Kecik Asalkan Asli – Malaysia Capture

  • February 11, 2019 at 5:56 pm
    Permalink

    semoga nasi kawah di mana2 kem tentera akan bertambah sedap dengan masakan2 lain bila mendapat menteri pertahanan yang dikatakan pernah mahafiraun mahathir hantar belajar & sepatutnya dapat segulung ijazah culinary art dari sebuah institusi di Taiping(Perak)…adapun institusi berkenaan ialah institusi ISA dibawah rejim mahafiraun mahathir pada satu ketika dahulu & kini tua kutuk itu juga sekali lagi menjadi ketua rejim

    nampaknya hanya menteri pertahanan Malaysia sahaja tidak sekolah tinggi & mempunyai ijazah…musuh seperti ejen mosad zionis israel pasti tertawakan kita…dah le menteri pertahanan Malaysia tak sekolah tinggi, syiah pulak tu! yahudi dah tentu suka sebab ‘imam ke 12’ syiah akan bersama yahudi untuk memerangi orang Islam sekiranya Allah nak cepatkan kejadian & kemunculan ‘Imam Mahdi’

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *