Negara perlu bersedia tangani bencana berganda – Ismail

Negara perlu bersedia tangani bencana berganda – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa negara perlu berusaha lebih gigih bagi memastikan bencana berganda dapat ditangani pada masa akan datang.

Beliau menjelaskan, negara baru-baru ini dikejutkan dengan beberapa siri bencana melibatkan beberapa buah negeri di Semenanjung serta Sabah.

“Pada 18 Ogos 2021, kita juga telah dikejutkan dengan bencana aliran debris yang berlaku di kawasan Gunung Jerai, Kedah. Ini diikuti dengan kejadian tanah runtuh di Selangor dan kejadian banjir di Sabah.

“Ini semua petanda jelas bahawa kita perlu berusaha lebih gigih dalam menangani bencana berganda pada setiap masa,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Webinar Risiko Bencana di Era Perubahan Iklim anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini.

Menurut beliau, fakta dan data menunjukkan betapa faktor perubahan iklim dunia perlu menjadi perkiraan dalam memahami bencana, perkaitannya dengan pola bencana, selain kekerapan dan magnitud kejadian.

Tambah merisaukan, ujarnya, Laporan Bencana Dunia 2020 melaporkan semakin banyak bencana berlaku, misalnya dalam tempoh enam bulan pertama dunia berhadapan dengan Covid-19, lebih daripada 100 bencana telah berlaku di seluruh dunia.

Katanya, sebanyak 99 peratus daripada kejadian bencana yang berlaku tersebut adalah akibat daripada perubahan ekstim cuaca dunia.

“Oleh sebab itulah kerajaan memberi perhatian serius akan impak perubahan iklim dan peningkatan kesan bencana. Perkara ini telah diberi penekanan menerusi Strategi Utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Saya turut menekankan isu ini semasa berucap semasa Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 14 September lalu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, dapatan kajian menunjukkan impak bencana boleh dikurangkan melalui inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR).

Beliau berkata, ia termasuklah usaha mewujudkan kesedaran awam melalui inisiatif Komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) yang juga telah dibentangkannya pada RMK-12. K Online

Negara perlu bersedia tangani bencana berganda – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker