Bossku: Cara halus Najib bersihkan nama, serang PH

JENAMA Bossku semakin mendapat sambutan orang ramai. Letusannya ibarat mercun lada yang dibakar semasa malam Tahun Baru Cina. Berangkai, meriah dan pada masa yang sama membingitkan.

Bagi saya ia adalah cara halus dan berhemah Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau serta kes mahkamah yang masih dalam proses perundangan.

Mantan Perdana Menteri itu memilih kaedah yang halus dan mudah diterima oleh orang ramai dan pada masa yang sama tidak berkonfrantasi dengan pihak berkuasa.

Najib tidak perlu mengadakan perhimpunan besar-besaran, sebaliknya ke mana saja beliau berkunjung orang ramai yang akan tampil dan bergambar dengan beliau serta menularkannya di media sosial.

Contohnya ketika lawatan ke Cameron Highlands dan Langkawi, jumlah yang datang menyambut beliau tidaklah begitu ramai, tetapi cerita tular atau viral dan sindiran atau troll yang menjadi impak yang luar biasa.

Di Cameron Highlands kehadiran Najib meresahkan Pakatan Harapan (PH), hingga semua pemimpin utama pakatan berkenaan terpaksa berbondong-bondong ke kawasan tanah tinggi itu semata-mata untuk menyerang najib, walaupun hakikatnya Najib tidak pula bertanding di kawasan berkenaan.

Kesilapan strategi itu akhirnya memakan diri, apabila Barisan Nasional menang besar di kawasan berkenaan.

Berbeza pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun ke jalan berjuang mempertahankan diri ketika berdepan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat.

Anwar menggerakkan massa dan berkonfrantasi dengan media serta pihak berkuasa, kerana beliau sendiri pemimpin yang bangkit daripada kaedah tersebut.

Cara Anwar bukan sahaja membahayakan penyokongnya yang terpaksa tunggang langgang setiap kali digempur pasukan antirusuhan ketika perhimpunan, bahkan menjejaskan kestabilan politik, keamanan dan ekonomi negara.

Bagaimanapun Najib bukan pemimpin sedemikian dan beliau sendiri mempunyai latar berbeza dari segi keluarga dan politik.

Pada usia 20-an Najib sudah menjadi Menteri Besar Pahang, ia menjadikan beliau ahli politik yang bukan calang-calang anak.

Sepanjang berkhidmat untuk rakyat juga telah banyak beliau melakukan kebaikan dan kebajikan kepada rakyat, jadi kini beliau tidak perlu bertungkus-lumus menjelaskannya kerana kesedaran itu muncul dengan sendiri terutama dalam kalangan mereka yang merasai nikmatnya.

Justeru itu saya dan orang ramai kini sedang tertunggu-tunggu apa pula strategi dan troll Najib di Pilihan Raya Kecil Semenyih. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Walau apapun cerita yg ditimbulkan apalah masalahnya. Dulu macam2 org cerita yg tak baik tentang Najib. Saya pengguna teksi dan grab car tegar. Naik teksi tak ada yg baik diceritakan tentang najib dan bn. Semua yg buruk. Naik je grab car, pemandu dgn selamba beritahu ini rosmah punya. Bini PM. Pemimpin PH yg rata2 menang kerana menipu, perang menang persepsi, bawa cerita yg berlebih2 tentang 1MDB dan hutang negara, negara dah tergadai kpd Cina, barang naik sebab GST sila jawab apa juga persoalan yg ditimbulkan oleh Najib. Macai PH pun silalah jawab dgn fakta yg tepat bukan lagi auta dan bohong seperti yg dijaja oleh menteri yg digelar nobita, menteri kasut hitam, menteti … gereja dan beberapa lagi.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker