Mana pergi pahlawan AES – Najib (video)

Mari kita layan ceramah membara pahlawan ini.

Panas sampai berapi.

Berpeluh-peluh Pahlawan berani mati Mansuh AES ini marah kerajaan pada masa silam itu.

Kata kerajaan bodoh. Kerajaan zalim. Tak prihatin Rakyat.

Bagaimanapun, berikut ialah jawapan pahlawan itu tanpa sebarang rasa malu apabila ditanya semalam.

“Ketika diminta mengulas mengenai kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai AES, beliau menegaskan enggan melayan kritikan berkenaan.”

“Menerusi akaun laman sosial Facebooknya, Najib mengkritik Mahfuz selepas kerajaan memutuskan untuk menambah 11 buah kamera AES dan mempersoalkan ‘Mengapa Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mempertikaikan keputusan itu seperti dilakukannya semasa zaman BN dulu’.”

“Kata Mahfuz, beliau anggap Najib hanya bertaraf raja lawak dan enggan mengulas lanjut mengenai bekas Perdana Menteri itu kerana AES sebenarnya diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).”

“Jadi, saya tak rasa mereka setuju akan hapus AES sekiranya mereka memerintah selepas ini,” katanya.

Itu je yang dia mampu jawab sekarang apabila sudah berpangkat Timbalan Menteri.

(Syarikat “kroni” yang dimaksud dia dalam ceramah sebenarnya ialah syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi PM. Apabila saya menjadi PM, kerajaan kita meminta LTAT untuk mengambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran.

Tetapi kerajaan PH hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewayangan.

Kena tanya Pahlawan ini lagi. So.. sekarang siapa yang sapu duit Rakyat?)

Najib Razak

Related Articles

2 Comments

  1. Mamat ni memang bahalol. Sebagaimana UMNO beruntung bila ramai pemimpin penakot mereka yang melompat parti, PAS juga patut bersyukur apabila mamat bahalol ini juga keluar melarikan diri. Mungkin pada tempoh ini adalah memang masa terbaik utk melakukan pembersihan etnik hina seperti mamat ini dan dalam satu masa dapat kita dapat nilai watak sebenar seseorang ahli politik.

    Dulu time jadi pembangkang..dia ni dan hampir semua (aku nk sebut semua tp tapi cukuplah aku sebut hampir semua) geng2 pemimpin PH ikut sedap xde pikir apa yg mereka perjuangkan..cakap pakai ikut logik aja utk memfitnah ketika menentang kerajaan.

    Bila dividen kwsp turun..dituduhnya Umno larikan duit!! Bila pasang AES dituduhnya kerajaan memeras rakyat..banyak lagilah..Semuanya ikut logik dan sesedap rasa je bila tuduh.

    Nahh..sekarang korang dah memerintah..gunakanlah logik akal korang tu utk jaga Malaysia. tengok..boleh pakai tak hasil logik akal otak ko tu.

    Mahfuz kata :
    “Jadi, saya tak rasa mereka setuju akan hapus AES sekiranya mereka memerintah selepas ini,” katanya.

    Aku jawabkan :
    “Siapa kata BN nak hapus AES kalau menang PRU? Ko yang janji..bukan BN!!. Tapi tetap nak petik BN salah..semua salah BN..bingai punya Mahfuz!!”.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker