Mendekati Rakyat Pun Tiru Najib Jugak?

“Sekarang saya faham kenapa bila minyak sepatutnya naik, ia turun” – komen seorang pengguna media sosial yang saya baca dalam posting mengenai satu lawatan di TBS semalam, entah apalah maksudnya dengan berkata demikian, saya pun tak tahu.

Kembali.

Datuk Seri Najib Tun Razak selama beliau menjadi Perdana Menteri, adalah yang paling rajin turun ke bawah bertemu dengan rakyat, berbanding semua pemegang jawatan sama sebelum beliau, termasuk seorang yang dia saja pun sampai 22 tahun memerintah.

Paling-paling pun pasar Rabu atau bazar Ramadhan, itupun pasal dia pernah ada pengalaman meniaga di tempat-tempat macam itu semasa mudanya dulu.



Anyway, surprise surprise visit ni takdelah pemimpin tertinggi dalam negara kita yang paling kerap melakukannya, melainkan Najib, ini semua orang tahu. Lebih banyak lagi Najib bertemu rakyat cara macam ini selama 9 tahun beliau jadi Perdana Menteri berbanding siapa yang lain.

Tapi tak pulak saya sangka, setelah semua kebaikan terhadap rakyat dibuat oleh Najib ditiru mereka seperti BR1M, harga minyak mingguan, bagi duit budak sekolah dan sebagainya, cuba mendekati rakyat dengan mengadakan lawatan-lawatan mengejut ini pun ditirunya juga?

Eloklah semua tu pun tapi apa punya koman, setelah macam-macam buruk dikatakan tentang Najib, pendekatan beliau juga yang ditirunya balik?

Itu satu hal, satu hal yang lain, Najib pergi mana pun dapat sambutan. Berebut-rebut orang nak bergambar dan bersalam – masa berkuasa baik, masa takde jawatan ini baik.



Taklah macam semalam ya….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker