Kerajaan Dap/PH tiada perancangan untuk ekonomi Malaysia.

Heboh sekarang ringgit Malaysia yang semakin menurun berbanding matawang asing terutama Thai Baht.

Thailand mengekalkan pemisahan jelas antara tindak-tanduk politik dengan dasar ekonomi. Walaupun negara mereka telah dilanda pelbagai krisis politik dan sering bertukar kerajaan, ekonomi mereka tetap stabil.

Sama ada ia merupakan kerajaan awam atau tentera, dasar pro-perniagaan dan pro-pelaburan tetap diteruskan.

Malah dalam keadaan krisis yang paling buruk pun, Thai tidak akan merosakkan kemampuan produktiviti ekonomi mereka hanya untuk keuntungan politik. Ini juga diamalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Kenyataan menteri yang tidak tetap dan saling bercanggah mengenai isu berkaitan projek utama memberi kesan ke atas keyakinan pelabur, sekali gus mencadangkan supaya Putrajaya mewujudkan sistem jurucakap kerajaan.

Kerajaan Dap/PH perlu belajar daripada keadaan itu dengan memisahkan politik daripada pengurusan sebenar kerajaan.

Jangan jahanamkan ekonomi dan masa depan negara semata-mata hanya mahu membalas dendam politik terhadap kerajaan lama.

Sudah tiba masanya kerajaan Dap/PH membuat kerja untuk negara dan berhenti berpolitik sepanjang masa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker