Diskaun Tol: Macam Tak Terasa Pentadbiran Dah Bertukar

Share

Dalam soal kebajikan rakyat, dah ramai perasaan bezanya tak banyak (atau tidak ada langsung) dengan apa yang sudah dibuat kerajaan BN dulu.

Ambil benda simple-simple macam bagi diskaun tol pada hari perayaan.

Perkara ini tak pernah berlaku dulu, 22 tahun ke berapa tahun ke.  Hapus tol jangan cakaplah, umpama mimpi di siang hari, bak mengharap beruk menolak pisang – mustahil macam itu.

Yang mulakan ini ialah pentadbiran BN dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak.  Idea revolusioner seumpama ini tak pernah berlaku dan tak tahu dari mana ia datang.

Samalah halnya seperti bagi BR1M, tetap harga minyak secara mingguan, bagi duit bila buka sekolah – semua ini benda baru di negara kita, yang takde manusia sebelum beliau terfikir mengenainya.

Mungkinlah bukan beliau datangnya semua idea ini tapi yang pasti, dibawah pentadbiran beliaulah perkara ini menjadi kenyataan.  Sekalipun sekarang ada yang dah ditukar nama atau diubah suai kadarnya tapi tetap, bendanya itu juga.

Justeru, bila hari ini lihat di lebuhraya-lebuhraya tentang diskaun tol menjelang musim perayaan minggu depan ni dan ada pulak pihak sebelah sana yang cuba ambil kredit atas perlaksanaannya, kita terasa lucu.

Pilihanraya dah habis pun, masih ada orang tak selesai dirasuk setan.  Apalah malang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *