Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu – Najib

Maszlee kata saya perlu buat homework dulu sebelum saya boleh tanya mengapa Bantuan Makanan Asrama (BMA) telah turun.

Saya tanya kerana ada ibubapa yang mengadu kepada saya semasa saya di Tapah baru-baru ini.

Ini adalah pekeliling yang dikongsikan kepada saya menunjukkan peruntukkan BMA telah diturunkan.

Berdasarkan pekeliling ini, ia tunjukkan agihan hanya 72 peratus sahaja untuk sekolah berasrama penuh (SBP).

Kita juga mintaklah Menteri untuk mengesahkan kesahihan dokumen Jabatan Pendidikan Perak ini.

Pada surat ini, betullah apa yang saya kongsikan tentang penurunan dari RM18 kepada RM14.50 sehari untuk SBP setiap murid.

Dalam belanjawan 2019 tempohari, rakannya Guan Eng sendiri umumkan pemotongan sebanyak RM100 juta bagi BMA.

Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu?

Sebagai Menteri Pendidikan, Maszlee sebenarnya perlu buat homework betul-betul.

Nanti cikgu bagi markah merah esok hari.

Jangan jadi teladan tidak sihat untuk murid-murid.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker