Kalau Nak Rakyat Suka, Berhenti Menipu, Laksanakanlah Janji Tu

Dari kawan-kawan yang taksub menyokong parti lawan, memang mereka berharap sangat menang di Cameron Highland kerana ia sepatutnya jadi pertama kali rampas kerusi dari BN. Ini setelah beberapa PRK pasca PRU14, dari Sg Kandis hingga Port Dickson, semuanya berstatus quo saja.

Tapi tak kesampaian hajat.

Itu yang macam-macam “kerasukan” kedengaran.  Dari menuduh BN main isu perkauman sehinggalah terbaru tentang kononnya rakyat akan sukakan mereka kalau Datuk Seri Najib ke penjara.

Macam-macam hal, dah kalah tu kalah sajalah, move on.  Apa takde modal lain ke, nak tutup lemah sendiri, Najib juga yang kena petik?



Bercakap pasal itu, semua orang tahu Datuk Seri Najib Tun Razak all out dalam kempen PRK Cameron Highland yang baru lepas.  Semua orang juga tau, dalam nak memastikan kemenangan calon dari partinya, dikatakan ada veteran DAP kata Najib akan jadi PM ke 8 kalau BN menang PRK itu.

Dan BN menang, langsung kutu yang berkenaan terdiam.

Walaupun PRK itu diadakan di Cameron Highland, Najib hanya turun membantu kempen tapi kalau dituruti betul-betul, “pertarungan sengit” yang sebenarnya bukanlah berlaku antara dua calon tu, tapi antara Najib dan pemimpin-pemimpin parti lawan.

Sebab itulah walaupun yang bertanding dan menang ialah YB Ramli Mohd Nor namanya dari BN tapi yang nak kena lempang ialah Najib (kemudian dakwa kena rasuk setan), yang disamakan dengan Israel, Najib, yang pakai baju peach tapi dikatakan oren (buta warna agaknya), Najib.



Populariti Najib diakui turut meningkat sepanjang kempen PRK tersebut sehingga #maluapabosku yang dipopularkan beliau, menjadi begitu viral sekali, bukan saja dalam media sosial tapi di luar ini juga.

Datang sembahyang di Masjid pun, yang dikerumuni orang adalah Najib.  Menteri yang ada sekali dalam tu, macam tak wujud saja.  Menambah sakit jiwa puak-puak tu, ada peneroka Felda kata, pada mereka, Najib masih “pemimpin” mereka.  Najib lagi.

Itu yang rasa terpukul agaknya sehingga perkara yang menjadi urusan Mahkamah pun diulas mereka.

Benda ni mudah saja, kalau nak rakyat sukakan awak, laksanakanlah semua janji pilihanraya tu.  Bukannya ambik apa kebaikan yang Najib buat dan tukar kepada nama yang lain sedangkan janji-janji sendiri hampir kesemuanya tak dilaksanakan.



Itu pun tak faham?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker