Asyraf Wajdi persoal ADUN DAP dilantik lembaga amanah Yadim

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan kewajaran untuk melantik Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) daripada DAP sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Asyraf Wajdi mendakwa DAP merupakan parti yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai agama negara.

“Yadim seharusnya kekal sebagai badan dakwah ulung melangkaui parti politik yang berperanan melebarkan kefahaman Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah dan Islahiah di kalangan rakyat sejak penubuhannya 1974.

“Nampaknya satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh Kerajaan PH yang didominasi DAP kini,” dakwa Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di Facebook.

Hari ini, portal berita Malaysiakini melaporkan Adun Paloh, Johor Sheikh Omar Ali akan dilantik menjadi anggota lembaga pemegang amanah Yadim.

Menurut laporan itu, sumber berkata, Sheikh Omar akan dilantik ke jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikan akan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa di Putrajaya esok.

Sheikh Omar merupakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Ekonomi Kreatif Johor dan mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.

Jika pelantikan itu berlangsung, Sheikh Omar dipercayai yang pertama melibatkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan Kerajaan Pusat. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker