Mahathir sekarang mengetuai kerajaan Raja Lawak.

oleh Ab Jalil Backer

Raja Lawak

Bukan sahaja isu ECRL mengelirukan rakyat.

Di Klang hari ini 5 bekas Hakim Mahkamah Persekutuan keliru mengapa mereka diminta menganggotai tribunal untuk memecat ahli SPR yang telah berhenti beberapa bulan lalu.

Tribunal ini ditubuhkan atas permintaan Perdana Menteri yang memohon perkenan YDPA (mungkin timbalan) bagi tujuan memecat 6 orang ahli SPR

Jika para hakim yang bijaksana pun keliru dengan kerajaan hari ini apatah lagi rakyat jelata.

Kita tertanya-tanya apakah PM tahu bahawa mereka ini semua telah meletak jawatan? Adakah Tun Mahathir sudah menjadi seperti cerita Maharaja tanpa pakaian?

Atau ini pembalasan Allah kepada Tun Mahathir yang sejak dua dekad lalu hidup dengan menghina pentadbiran Abdullah Badawi dan Najib Razak sebagai kerajaan Half-past-six.

Mahathir sekarang mengetuai kerajaan Raja Lawak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker