ECRL: Alahai, Risaunya Kita

Share


Projek ECRL ni – diteruskan atau dibatalkan, hakikatnya, adalah satu projek bernilai tinggi selain melibatkan kepentingan dari 2 buah negara berbeza.  Bukan kecik anak punya projek ni tau, banyak wang akan terlibat kalau diteruskan, banyak wang juga agaknya akan terlibat kalau dibatalkan (nak-nak jika kena bayar pampasan tinggi).

Tapi anehnya, boleh pulak hal berkaitan dengan projek pada skala begini besar seakan tidak dipandang serius di kalangan pendokong regim sedia ada, bila mana ketua dan Menteri Ekonominya cakap dibatalkan. Menteri Kewayangan pulak cakap diteruskan.

Rakyat dibawah ni memerhatikan dengan penuh rasa curiga.  Apa yang sedang berlaku sekarang ni ya?

Hal-hal macam ini (walaupun pada skala berbeza), kalau berlaku di kalangan kita rakyat biasa, senang saja diselesaikan.  Tak payah sesiapa cakap pun, semua orang tahu mengadakan group Whatsapp sendiri untuk membincangkan perkara seumpamanya sesama sendiri. Silap-silap, boleh buat keputusan dalam tu pun.

Mesyuarat, mesyuarat jugaklah kan, itu hanya formalitinya saja.

Bila tak berlaku seperti yang sepatutnya, macam-macam teori keluar dalam kepala ni ha.  Apatah lagi tak cukup berbeza pendapat, ada pulak tuduh menuduh tak datang mesyuarat!!

Ai, dahlah sorang kata diteruskan dan sorang lagi kata dibatalkan, takkan orang datang ke tak datang mesyuarat pun boleh berbeza jugak?

Yang betulnya, setakat nak bagi kenyataan yang sama – meneruskan atau membatalkan projek sebesar ni, tak payah mesyuarat pun boleh.  Itu pun gagal dilakukan, apa lagi yang lain ye tak?  Kalau boleh, berilah penjelasan apa sebenarnya yang berlaku?  Ini bukan benda main-main, soal negara yang kita cakapkan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *