Minta-Minta Masinlah Mulut Veteran DAP Tu Ya

Difahamkan dalam kempen PRK Cameron Highland yang kemenangannya berpihak kepada BN semalam, ada seorang veteran DAP terlepas cakap kalau BN menang, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kembali menjadi PM ke-8.

Sekarang BN dah menang.

Apa agaknya reaksi orang yang berkenaan ya?  Mungkin veteran DAP tu berharap dia “dirasuk setan” ketika mengeluarkan kenyataan yang seperti itu.

Bercakap tentang Najib, nampaknya taktik kebencian yang dimainkan sepanjang kempen PRK tersebut berlangsung terhadap batang tubuh Perdana Menteri ke-6 itu, sudah mula tidak memberikan kesan.

Orang Melayu, orang Felda dan masyarakat orang asal di Cameron Highland, tahu apa yang pernah dilakukan Najib di kawasan mereka.  Datang pulak orang bawak macam-macam cerita buruk pasal beliau, tercengang orang tak percaya.

Begitupun soal Najib nak menjadi Perdana Menteri semula atau tidak selepas ini bukanlah isu.  Isunya yang rakyat perlu tahu ialah, pendekatan kebencian terhadap pemimpin BN ini perlu ditolak seperti mana yang dilakukan pengundi Cameron Highland.

Diakhirnya, ucapan tahniah diucapkan kepada YB Ramli Mohd Nor kerana bukan sahaja mencatat sejarah sebagai orang asal pertama dilantik menjadi Ahli Parlimen, bahkan kemenangan itu boleh dianggap sebagai manifestasi kejayaan rakyat dalam usaha mendesak pihak-pihak yang berkenaan melaksanakan janji manifesto mereka.

Jangan asyik nak menipu saja kerjanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker