BN Menang PRK Cameron Highland: Tahniah Rakyat, Tahniah PAS

Dikala propaganda konon UMNO/BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu, kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam.

Lebih manis, majoriti yang diterima kali ini berkali ganda lebih tinggi daripada apa yang diperolehi wakil rakyat dari parti MIC sebelumnya.  Malah dari beberapa sumber, jelas kenaikan mendadak undi dari beberapa kawasan termasuk yang sebelum ini BN kalah.

Bagaimanapun, ini hanyalah permulaan kerana di depan ini ada banyak lagi cabaran yang mendatang.

Setelah beberapa PRK yang diadakan sebelum ini, usaha tanpa lelah kita diakhirnya membuahkan hasil.  Selain kempen berterusan mengenai kegagalan pentadbiran sekarang melaksanakan janji pilihanraya mereka, kerjasama dengan PAS juga terbukti berhasil.



Bercakap tentang itu (PAS), ramai dah berkata, BN dah jumpa formula untuk merampas kembali pemerintahan negara dari mereka yang tidak pandai melaksanakan janji sendiri ni.

Apa pun, dihadapan kita sekarang ada dua PRK yang menanti, DUN Rantau dan DUN Semenyih.  Kita berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan.  Rakyat harus terus memberikan mandat kepada BN untuk mengajar pihak-pihak yang menjaja janji palsu untuk menang dalam PRU14 dulu.

Bukan sahaja janji tak laksana, banyak perkara berkaitan kebajikan rakyat, termasuk penentuan harga minyak secara mingguan yang dilaksanakan Najib dulu, ditirunya pula.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker