Bekas setpol, Datuk Seri direman kes rasuah tender kementerian

Bekas setpol, Datuk Seri direman kes rasuah tender kementerian

Empat ahli perniagaan termasuk seorang bekas setiausaha politik dan individu bergelar Datuk Seri direman kerana disyaki menerima suapan daripada beberapa syarikat serta kontraktor yang mendapat tender di sebuah kementerian.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan tiga suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini, manakala seorang lagi selama tiga hari iaitu sehingga Jumaat ini.



Ia susulan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, penahanan empat lelaki itu dibuat selepas suspek utama yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha politik kepada seorang bekas menteri, meminta dan menerima suapan bagi memastikan tender pembekalan di sebuah kementerian diperoleh pihak kontraktor.

“Keempat-empat suspek ini dipercayai menerima suapan daripada beberapa syarikat termasuk kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 yang membabitkan nilai jutaan ringgit.

“Semua suspek ditahan sekitar jam 7 hingga 8.30 malam tadi iaitu tiga di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir bagi direkodkan keterangan, manakala seorang lagi ditahan di sekitar Shah Alam di Selangor,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM juga kemungkinan memanggil beberapa individu lain bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan. BH

Bekas setpol, Datuk Seri direman kes rasuah tender kementerian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker